Tuesday 10 July 2012

Faedah internet kepada pelajar

Pengajaran berlandaskan Internet menjadi semakin penting pada masa kini.
Menurut Sunal et al. (1998) Internet merupakan satu medium yang memudahkan komunikasi dan pemerolehan maklumat dan dapat memudahkan guru membantu murid untuk membentuk pengetahuan sedia ada supaya pelajar dapat menerima pengetahuan baru.

Menurut Ryder & Hughes (1997), kepantasan dan kemudahan meneroka pelbagai sumber maklumat secara global melalui Internet membolehkan pelajar menjana pengetahuan mengikut kebolehan mereka dan ini membantu kepada pencapaian matlamat yang lebih bermakna dengan tidak hanya menghafal fakta.

 Antara faedah yang diperolehi oleh pelajar dengan penggunaan internet ialah :


1. Membina kemahiran
-Melalui pembelajaran aktif ini, pelajar boleh menggunakan teknologi untuk membaca, menulis, meneliti dan menyelesaikan masalah.

2. Membawa perubahan
-ini membawa perubahan daripada pembelajaran tradisional kepada pembelajaran yang aktif, mengubah peranan guru dan pelajar ke arah pembelajaran konstruktif yang membawa tumpuan pelajar kepada konteks dunia yang sebenarnya.


3. Membuat tugasan bersama
-projek berkumpulan dapat dilakukan dengan lebih cekap dan produktif. Perbincangan mengenai bahan projek boleh dilakukan melalui telefon video dan telesidang.

4. Kemudahan memperoleh maklumat
- pelajar boleh mendapat pendidikan global sebab ia adalah sebagai gedung maklumat di mana maklumat interaktif dapat diperoleh dengan cepat dan mudah.

No comments:

Post a Comment