Tuesday 4 September 2012

ENJIN PENCARIAN


Berikut Merupakan Lima Enjin Pencari
1.       www.altavista.com
2.       www.cari.com.my
3.       www.hotbot.com
4.       www.msn.com
5.       www.google.com

Saya memilih enjin pencari  www.google.com sebagai enjin carian yang utama .
Bagi menggali ilmu yang terdapat di internet cara termudah ialah dengan menggunakan enjin carian. Google merupakan enjin carian yang paling dominan dan mempunyai populariti tinggi di kalangan pengguna-pengguna internet. Ia merupakan satu antara lima enjin carian yang kerap dikunjungi oleh pengguna internet seluruh dunia. Google dianggap yang yang terbaik setakat ini dari segi ketepatan, kepantasan dan kuantiti hasil carian dalam satu-satu masa. Ia juga mampu memberikan keputusan carian yang jitu. Nadi kepada perkhidmatan ini ialah dua teknologi utama iaitu PageRank dan Analisis Padanan-Hiperteks.

Kelebihan Menggunakan Google

1. Carian ke atas kelompok sumber yang sangat besar
Mampu mengesan maklumat yang diperlukan dan member keputusan carian dengan jumlah carian yang sangat besar. Dikatakan mampu mengesan lebih daripada 8 bilion laman web.

2. Carian relevan dengan apa yang dikehendaki
Lazimnya memberi keputusan yang sangat relevan dengan pertanyaan dibuat. Hasil carian yang diperlukan berada di kedudukan yang teratas atau di mukasurat pertama senarai keputusan carian.

3. Carian boleh dilakukan secara spesifik
Carian secara spesifik dengan menggunakan peraturan-peraturan khas dengan menggunakan google print, google scholar atau advenced search. Hasil carian adalah lebih jitu dan menjimatkan masa.

4. Laman boleh diubahsuai
Boleh diubah mengikut keselesaan pengguna. Bahasa antaramuka, bilangan hasil carian dalam sesuatu mukasurat dan tapisan hasil carian antar yang boleh dibuat untuk pengubahsuaian.

5. Mudah untuk menilai hasil carian
Hasil carian disertakan dengan pelbagai maklumat lain yang membantu pengguna menilai hasil carian. Contohnya seperti snippet iaitu penerangan ringkas hasil carian dan saiz muka surat hasil carian yang membolehkan pengguna mengagak atau mendapat gambaran tentang isis kandungan hasil carian.

6. Mampu memproses carian keatas 8 bilion laman web, lebih dari 1 bilion imej dan lebih dari 1 bilion mesej Usenet.

7. Menyediakan lebih dari 100 bahasa untuk antara muka (interface) dan 35 bahasa untuk hasil carian.

PENGGUNAAN EMAIL


PENGENALAN EMAIL
Mel elektronik adalah antara aplikasi yang paling awal diperkenalkan kepada pengguna Internet. Semasa ARPANET mula ditubuhkan pengurus rangkaian mendapati bahawa ia amat digemari dan pengguna pula lazimnya menggunakan e-mail bukan hanya untuk berkomunikasi tentang kerja penyelidikan tetapi juga untuk bersosial.

Apakah e-mail?
Ia merupakan aplikasi yang membolehkan pengguna Internet berkomunikasi dalam bentuk teks di antara satu sama lain secara langsung. Melalui e-mail, pengguna Internet boleh menghantar utusan yang sama kepada lebih dari seorang penerima, menyalinkan utusan yang diterima untuk dihantar ke pengguna lain, mengepilkan pelbagai jenis fail bersama e-mail, mengarahkan komputer melakukan sesuatu dan lain-lain lagi.

Mengapa e-mail Digemari?
Secara amnya email digemari kerana ia adalah alat komunikasi serba boleh.  Ia mudah diguna, murah, cepat, dan reliable.  Jika ditulis dalam bentuk semiformal atau tidak formal, ia lazimnya cepat dibalas berbanding dengan surat biasa dan faks.  Bagaimanapun, pengguna perlu menyedari bahawa e-mail bukanlah satu alat komunikasi yang segerak (synchronous) seperti telefon di mana kedua pihak boleh berkomunikasi dengan serta merta sehingga matlamat mereka berkomunikasi tercapai.  Kelemahan e-mail ini perlu disedari sebelum ia diatasi.

Bagaimana Mendapatkan Perkhidmatan e-mail?
Untuk mendapatkan perkhidmatan e-mail, anda mestilah terlebih dahulu mendapatkan akaun e-mail daripada pengurus rangkaian atau melalaui pembekal PPI anda.  Jika tempat anda bekerja sudah mempunyai sambungan ke Internet, pengurus rangkaian boleh membuka akaun e-mail untuk anda di komputer yang menjadi pelayan e-mail.  Jika tidak, anda boleh  menghubungi PPI seperti Jasing dan TMNet untuk melanggan Internet dan seterusnya mendapatkan akaun e-mail di samping kemudahan internet yang lain.

CARA MENETAPKAN ALAMAT  E-MAIL

Secara konsepnya, e-mail mempunyai banyak persamaan dengan surat biasa baik dari segi penggunaannya mahupun dari segi operasinya. Jika surat menggunakan alamat supaya ia boleh dihantar ke destinasinya, maka begitulah juga dengan e-mail. Bagi surat, system alamat yang digunakan terdiri daripada gabungan nama di penerima dengan alamat premis (rumah, pejabat dan sebagainya) di mana penerima berada. Bagi e-mail pula, alamat yang digunakan terdiri daripada gabungan nama penerima dengan nama domain komputer yang menerima e-mail.

Bentuk Alamat e-mail

Alamat e-mail adalah alamat yang digunakan oleh pelayan e-mail yang mengendalikan penghantaran e-mail ke destinasinya. Ia adalah gabungan nama pengguna (nama akaun e-mail) dengan nama domain bagi pelayan e-mail di mana pengguna mendaftarkan akaun e-mailnya. Format alamat e-mail adalah seperti berikut :
nama_pengguna@nama_domain_pelayan_ e-mail
Berikut adalah beberapa contoh alamat e-mail:

1.            ikramhakimi@yahoo.com.co.uk
2.            ahmadrazif@hotmail.com
3.            nurulsaidah@gmail.com
4.            zaharim@danaudigital.com.my

Berikut adalah penjelasan lanjut tentang persamaan yang terdapat di antara surat dan e-mail.

1.            Nama akaun pengguna e-mail boleh dianggap sebagai namapenerima surat manakala nama domain pelayan emain e-mail dianggap sebagai  alamat premis (rumah, pejabat dan sebagainya).

2.            Setiap destinasi mempunyai alamat yang unik, iaitu tidak ada dua destinasi fizikal mempunyai alamat yang sama.

3.            Setiap destinasi boleh mempunyai lebin dari satu penerima, iaitu alamat domain atau premis yang sama boleh digunakan oleh lebih daripada seorang pengguna.
4.            Setiap surat atau e-mail yang hendak dihantar kepada penerimanya mestilah mempunyai alamat dan nama penerima yang tepat supaya ia dapat disampaikan tanpa sebarang kekeliruan.

Memilih Alamat e-mail
Terdapat beberapa panduan yang harus digunakan bagi memilih nama akaun e-mail anda. Antaranya ialah :

1.            Nama akaun sebaik-baiknya hendaklah melambangkan nama atau identiti pengguna
2.            Nama yang mudah diingat

Lazimnya nama akaun yang boleh dipilih dihadkan kepada beberapa huruf sahaja (selalunua lebih lapan huruf). Ini boleh menjadikan proses memoloh nama akaun yang sesuai kadang kala menjadi rumit. Bagi pengguna TMNet dan Jaring, nama pendaftaran akaun Internet mereka akan digunakan oleh TMNet dan Jaring sebgai nama pengguna e-mail. Sebagai contoh, seorang pengguna yang berdaftar dengan Jaring dengan namaakaun azaa akan menggunakan azaa@pc.jaring,my sebagai alamat e-mailnya. Seorang pengguna TMNet yang berdaftar dengan nama akaun yang sama akan menggunakan azaa@tmnet.my sebagai alamat e-mailnya.

PANDUAN MENGGUNAKAN E-MAIL

Mel elektronik bukanlah alat komunikasi yang terbaik.  Ia mempunyai kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri.  Jika kekuatan dan kelemahan ini difaham dengan baik dan jika e-mail digunakan dengan bijak, penggunaannya sebagai alat komunikasi boleh menandingi semua alat komunikasi yang lain.  Bahagian ini akan membincangkan beberapa panduan yang harus diikuti untuk menjadikan e-mail sebagai alat komunikasi yang berkesan.

Panduan Am
Pengguna akan menerima e-mail yang dihantar kepadanya jika dia kerap memeriksa akaun e-mailnya. Oleh itu penghantar perlu mengetahui samada penerima adalah pengguna e-mail yang aktif atau tidak.  Berikut adalah beberapa panduan umum yang boleh digunakan oleh pengguna e-mail:

             Pastikan alamat penerima adalah betul

             Alamat yang sala holeh memalukan pengirim atau menimbulkan kekeliruan dan konflik jika diterima oleh orang lain.  Pastikan juga bahawa alamat penerima dieja dengan betul supaya boleh dihantar oleh pelayan e-mail dengan segera.  Jika alamat yang  ditulis tidak wujud, pelayan e-mail akan memaklumkannya kepada penghantar dan ini boleh melambatkan proses komunikasi.

             Ketahui penerima e-mail

             Nada penulisan seharusnya disesuaikan dengan pertalian yang wujud antara penghantar dengan penerima.  Jika penghantar tidak mengenali penerima, maka ada baiknya jika bentuk penulisan secara formal digunakan.  Cuba elakkan dari menulis sesuatu yang lucu buat permulaan.

             Awas! Apabila menulis sesuatu yang lucu

             Adakalanya sesuatu yang lucu bagi anda mungkin tidak lucu bagi penerima atau menyakitkan hatinya.  Ia harus dielakkan sekiranya pengguna menulis kepada seseorang yang tidak dikenali.  Adakalanya penerima yang dikenali juga mendapati sesuatu yang disangkakan lucu oleh penghantar sebagai  tidak lucu.

             Awas! Apabila menghantar sesuatu yang sulit

             E-mail mudah dibaca oleh pengguna lain.  Pastikan kedua-dua pihak yang lain ingin menghantar sesuatu yang sulit menggunakan program khas seperti PGP bagi mengkodkan utusan ke satu format yang tidak boleh dibaca oleh pengguna lain.

Tuesday 10 July 2012

Bagaimana TMK boleh dimanfaatkan dalam PnP PJ ?


 TMK boleh di manfaatkan dalam P&P PJ apabila :

1. Guru-guru dapat menwujudkan satu situasi pendidikan yang mampu mencabar minda murid cerdik yang    memerlukan aktiviti pengayaan.

2. Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid tentang pelajaran.

3. Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang memiliki pelbagai keupayaan yang berbeza.
   
4. Membolehkan murid mengumpul maklumat yangmemerlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk diperoleh.

5. Membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa.

6. Meningkatkan motivasi murid dalam proses P&P.

7. Membolehkan pembelajaran bersendiri(individualise learning).

8. Membolehkan murid mengakses maklumat yangsukar diperolehi.

9. Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid.

10. Memberi peluang kepada murid untuk belajarsecara berkesan dengan bimbingan yangminimum.

11. Meningkat kemahiran ICT.

12. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.

Konsep Rekabentuk Pengajaran


Sebenarnya terdapat banyak model reka bentuk pengajaran. Andrews dan Goodson (1980) telah mengkaji dan menganalisis 40 model reka bentuk pengajaran dan kebanyakan model-model RP yang digunakan sekarang mempunyai elemen yang sama.

Richey (1986) telah mengkaji pula kajian yang dibuat oleh Andrew dan Goodson dan telah memutuskan bahawa terdapat enam elemen asas dalam model reka bentuk pengajaran.

Enam elemen asas tersebut ialah:

1. Menentukan keperluan pelajar.

2. Menentukan matlamat dan objektif.

3. Membina prosedur penilaian.

4. Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian.

5. Mencuba sistem pengajaran.

6. Menilai keseluruhan sistem.

 Model-model RP yang paling banyak digunakan dan yang mempunyai hampir kesemua elemen RP yang tersebut di atas adalah:

 model Briggs (1977),

 model Gagne', Briggs dan Wager (1988, 1992),

 model ASSURE (1982, 1985, 1989, 1993, 1996),

 model Romizowski (1981, 1984, 1988),

 model Dick dan Carey (1978, 1985, 1990) dan

 model Dick dan Reiser (1989 ).

Gustafson (1981) juga telah membuat tinjauan tentang model-model reka bentuk pengajaran dan beliau dapati pada keseluruhannya tiap-tiap model itu hampir sama.

 Cuma yang berbeza ialah dari segi istilah yang digunakan, untuk siapa, bila dan cara model itu direka bentuk dan digunakan (Briggs, Gustafson dan Tillman, 1991).

 Gustafson (1991) telah membahagikan model-model ini kepada tiga tumpuan iaitu model yang berorientasi bilik darjah, model yang berorientasikan produk dan model yang berorientasikan sistem .

 Model RP yang berorientasikan bilik darjah tidak menggalakkan guru membina bahan. Guru hanya memilih media yang sesuai dengan objektif pengajarannya bukan membina media seperti dalam model yang berorientasikan sistem. Model-model ini tidak berhajat menjadikan guru sebagai pembina bahan kerana tugas guru lebih banyak ditumpukan kepada pengajaran. Guru hanya merancang pelajaran untuk satu atau dua waktu dan menyediakan reka bentuk pengajaran sebelum masuk ke bilik darjah.

 Contoh-contoh model RP beroreintasikan bilik darjah adalah model Gerlach dan Ely (1980), model ASSURE (1996), model Kemp (1985) dan model Dick dan Reiser (1989).

 Berikut adalah dua contoh model berkenaan:

 1.Dalam model ASSURE (Heinich, Molenda, dan Russell , 1993) terdapat enam langkah:

(a) A - Analyse learners (Analisis pelajar),

(b) S - State objectives (Nyatakan objektif),

(c) S - Select media and materials (Pilih media dan bahan),

(d) U - Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan),

(e) R - Require learner participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran),

(f)  E - Evaluation/reviem (Penilaian/Semak semula bahan).



2.Dalam model Dick dan Reiser (1989 ) terdapat Lapan langkah:

            (a) Tentukan matlamat,

            ( b ) Analisis ciri pelajar,

            (c) Tulis objektif,

            (d) Pilih/semak buku teks,

            (e) Bina ujian,

            (f) Bina aktiviti pengajaran,

            (g) Pilih media pengajaran,

            (h) Laksana pengajaran.

 Model yang berorientasikan produk dan sistem 
-melibatkan pembinaan bahan untuk jangka panjang oleh satu pasukan reka bentuk pengajaran untuk sesuatu kursus yang besar seperti kursus yang ditawarkan oleh pendidikan jarak jauh.

 Contoh model yang berorientasikan produk
-adalah model Van Patten (1989), model Leshin, Pollock dan Reigeluth (1990) dan model Bergman dan Moore (1990).

 Contoh  model yang berorientasikan sistem
-adalah model IDI (1973), model IPISD (1975), model Dick dan Carey (1979), model Diamond (1989) dan model Seels dan Glasgow (1990).

 Berikut adalah contoh bagi produk dan satu contoh bagi sistem.

1)     Dalam model jenis produk Leshin, Pollock dan Reigeluth (1990) terdapat tujuh langkah:

a.     Analisis masalah,

b.     Analisis domain,

c.      Analisis dan susun tugasan,

d.     Analisis dan susun isi sokongan pelajaran,

e.     Tentukan peristiwa dan aktiviti pengajaran,

f.        Lakukan reka bentuk mesej interaktif,

g.     Nilai pengajaran.

2)     Dalam model jenis sistem Dick dan Carey (1979) terdapat sembilan langkah:

a.     Kenal pasti matlamat pengajaran,

b.     Buat analisis pengajaran,

c.      Kenal pasti ciri dan perlakuan peringkat masuk pelajar,

d.     Tulis objektif prestasi,

e.     Bina item ujian rujukan kriteria,

f.        Bina strategi pengajaran,

g.     Bina dan pilih bahan pengajaran,

h.      Reka bentuk dan jalankan penilaian formatif,

i.        Semak semula pengajaran.









Konsep Rekabentuk Pengajaran (Model Assure)

Model ASSURE merupakan model reka bentuk pengajaran yang biasa digunakan dalam proses pemilihan dan penghasilan media.


Berikut adalah  langkah-langkah dalam model tersebut. 
Model assure menggandungi 6 langkah iaitu :


A–Analyse learner (Analisis pelajar)
S–State objective (Nyatakan objektif)
S–Select method, media, and materials (Pilih kaedah, media dan bahan)
U–Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan)
R–Require learner participation (Memerlukan penglibatan pelajar)
E–Evaluate and revise (Nilai dan semak)


Analyse Laerner (Analisis Pelajar)
Pada peringkat ini masalah pengajaran, objektif dan matlamat pengajaran perlu dijelaskan terlebih dahulu.Soalan-soalan yang boleh digunakan sebagai panduan analisis seperti berikut:
Siapa kumpulan sasar?
Apakah ciri-ciri mereka?
Apakah hasil pembelajaran yang hendak dicapai?
Berapa tempuh perlaksanaannya?


State Objective (Nyatakan objektif)
Pada peringkat ini kita seharusnya menyatakan apakah objektif pembelajaran terhadap kumpulan sasar. Objektif mestilah dinyatakan secara eksplisit supaya mudah diukur dan dicapai.

Select method, media, and materials (Pilih kaedah, media dan bahan)
Kaedah dan strategi pengajaran yang paling sesuai dan selaras dengan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat menjamin pencapaian objektif pembelajaran. Strategi yang diamalkan pada masa kini ialah strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar iaitu memberi penekanan kepada pelajar aktif. Misalnya kaedah perbincangan, simulasi, kajian kes, kajiam makmal, kajian lapangan, pembelajaran kendiri dan sebagainya. 

Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan)
Penggunaan bahan di sini merujuk kepada bahan-bahan pelbagai bentuk dan media; cetak, komputer, video, gambar dan lain-lain. Boleh juga menggunakan bahan yang sedia ada tetapi perlu dipastikan bahan tersebut diubahsuai, ditambahbaik dan dibaik pulih sesuai dengan situasi semasa. Perlu diingat guru hendaklah menentu arah tuju pengajaran dan pembelajaran.Pada masa kini penggunaan bahan capaian seperti internet, e-learning, online learning, laman web dan sebagainya sudah menjadi kebiasaan. 

Require learner participation (Memerlukan penglibatan pelajar)
Pada fasa ini, pengelibatan pelajar adalah penting. Pelajar perlu dilibatkan secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini pelajar terlibat dalam kerja kumpulan, berbincang dan memberi idea, pelajar membuat simulasi dan juga membuat beberapa aktiviti seperti membuat kajian kes.


Evaluate and revise (Nilai dan semak)
Penilaian formatif memberi maklum balas semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Maklum balas ini dapat digunakan untuk membetulkan atau menambahbaikan proses dan bahan pengajaran dan pembelajaran. Kadang-kadang perancangan pengajaran dan pembelajaran kelihatan cantik dan sempurna tetapi gagal apabila dilaksanakan. Jueteru itu adalah penting untuk guru untuk mencuba perancangan pengajaran ke atas sekumpulan kecil pelajar untuk mendapat maklum balas keberkesanan perancangan tersebut.


Penilaian sumatif ialah penilaian pada kursus unit atau peringkat oembelajaran yang memberikan maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran secara menyeluruh Datayang dikutip memberikan maklumat tentang pencapaian objektif yang ditetapkan. Oleh itu model ASSURE amat menekankan penilaian formatif dan juga sumatif.

Faedah internet kepada pelajar

Pengajaran berlandaskan Internet menjadi semakin penting pada masa kini.
Menurut Sunal et al. (1998) Internet merupakan satu medium yang memudahkan komunikasi dan pemerolehan maklumat dan dapat memudahkan guru membantu murid untuk membentuk pengetahuan sedia ada supaya pelajar dapat menerima pengetahuan baru.

Menurut Ryder & Hughes (1997), kepantasan dan kemudahan meneroka pelbagai sumber maklumat secara global melalui Internet membolehkan pelajar menjana pengetahuan mengikut kebolehan mereka dan ini membantu kepada pencapaian matlamat yang lebih bermakna dengan tidak hanya menghafal fakta.

 Antara faedah yang diperolehi oleh pelajar dengan penggunaan internet ialah :


1. Membina kemahiran
-Melalui pembelajaran aktif ini, pelajar boleh menggunakan teknologi untuk membaca, menulis, meneliti dan menyelesaikan masalah.

2. Membawa perubahan
-ini membawa perubahan daripada pembelajaran tradisional kepada pembelajaran yang aktif, mengubah peranan guru dan pelajar ke arah pembelajaran konstruktif yang membawa tumpuan pelajar kepada konteks dunia yang sebenarnya.


3. Membuat tugasan bersama
-projek berkumpulan dapat dilakukan dengan lebih cekap dan produktif. Perbincangan mengenai bahan projek boleh dilakukan melalui telefon video dan telesidang.

4. Kemudahan memperoleh maklumat
- pelajar boleh mendapat pendidikan global sebab ia adalah sebagai gedung maklumat di mana maklumat interaktif dapat diperoleh dengan cepat dan mudah.

Keburukan internet kepada Guru

Dalam memperkatakan tentang kepentingan internet kepada guru. Terdapat juga keburukan yang disebabkan penggunaan internet diantaranya ialah :

1. Penggunaan internet yang tidak terkawal
- kemudahan yang diberikan kepada guru kadang kala di salah guna oleh guru sehingga mereka terlupa fokus utama kemudahan itu diberikan. Contohnya aktiviti "chatting" menyebabkan ramai yang leka.

2. Maklumat yang tepat
- pada masa kini, guru-guru sekolah semakin biasa mendapatkan maklumat daripada Internet. Didapati masih terdapat banyak guru-guru di sekolah rendah kurang mahir  menentukan atau memilihkan kesahihan maklumat maklumat tersebut sedangkan  kesahihan maklumat adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3. Terdedah kepada bahan yang negatif
- dalam menggunakan internet guru tidak terlepas dari terdedah kepada bahan-bahan yang negatif seperti perjudian, bahan lucah dan skim-skim cepat kaya yang membolehkan guru tersebut terjerumus dalam aktiviti yang tidak sihat.