Tuesday, 10 July 2012

Bagaimana TMK boleh dimanfaatkan dalam PnP PJ ?


 TMK boleh di manfaatkan dalam P&P PJ apabila :

1. Guru-guru dapat menwujudkan satu situasi pendidikan yang mampu mencabar minda murid cerdik yang    memerlukan aktiviti pengayaan.

2. Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid tentang pelajaran.

3. Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang memiliki pelbagai keupayaan yang berbeza.
   
4. Membolehkan murid mengumpul maklumat yangmemerlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk diperoleh.

5. Membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa.

6. Meningkatkan motivasi murid dalam proses P&P.

7. Membolehkan pembelajaran bersendiri(individualise learning).

8. Membolehkan murid mengakses maklumat yangsukar diperolehi.

9. Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid.

10. Memberi peluang kepada murid untuk belajarsecara berkesan dengan bimbingan yangminimum.

11. Meningkat kemahiran ICT.

12. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.

Konsep Rekabentuk Pengajaran


Sebenarnya terdapat banyak model reka bentuk pengajaran. Andrews dan Goodson (1980) telah mengkaji dan menganalisis 40 model reka bentuk pengajaran dan kebanyakan model-model RP yang digunakan sekarang mempunyai elemen yang sama.

Richey (1986) telah mengkaji pula kajian yang dibuat oleh Andrew dan Goodson dan telah memutuskan bahawa terdapat enam elemen asas dalam model reka bentuk pengajaran.

Enam elemen asas tersebut ialah:

1. Menentukan keperluan pelajar.

2. Menentukan matlamat dan objektif.

3. Membina prosedur penilaian.

4. Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian.

5. Mencuba sistem pengajaran.

6. Menilai keseluruhan sistem.

 Model-model RP yang paling banyak digunakan dan yang mempunyai hampir kesemua elemen RP yang tersebut di atas adalah:

 model Briggs (1977),

 model Gagne', Briggs dan Wager (1988, 1992),

 model ASSURE (1982, 1985, 1989, 1993, 1996),

 model Romizowski (1981, 1984, 1988),

 model Dick dan Carey (1978, 1985, 1990) dan

 model Dick dan Reiser (1989 ).

Gustafson (1981) juga telah membuat tinjauan tentang model-model reka bentuk pengajaran dan beliau dapati pada keseluruhannya tiap-tiap model itu hampir sama.

 Cuma yang berbeza ialah dari segi istilah yang digunakan, untuk siapa, bila dan cara model itu direka bentuk dan digunakan (Briggs, Gustafson dan Tillman, 1991).

 Gustafson (1991) telah membahagikan model-model ini kepada tiga tumpuan iaitu model yang berorientasi bilik darjah, model yang berorientasikan produk dan model yang berorientasikan sistem .

 Model RP yang berorientasikan bilik darjah tidak menggalakkan guru membina bahan. Guru hanya memilih media yang sesuai dengan objektif pengajarannya bukan membina media seperti dalam model yang berorientasikan sistem. Model-model ini tidak berhajat menjadikan guru sebagai pembina bahan kerana tugas guru lebih banyak ditumpukan kepada pengajaran. Guru hanya merancang pelajaran untuk satu atau dua waktu dan menyediakan reka bentuk pengajaran sebelum masuk ke bilik darjah.

 Contoh-contoh model RP beroreintasikan bilik darjah adalah model Gerlach dan Ely (1980), model ASSURE (1996), model Kemp (1985) dan model Dick dan Reiser (1989).

 Berikut adalah dua contoh model berkenaan:

 1.Dalam model ASSURE (Heinich, Molenda, dan Russell , 1993) terdapat enam langkah:

(a) A - Analyse learners (Analisis pelajar),

(b) S - State objectives (Nyatakan objektif),

(c) S - Select media and materials (Pilih media dan bahan),

(d) U - Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan),

(e) R - Require learner participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran),

(f)  E - Evaluation/reviem (Penilaian/Semak semula bahan).



2.Dalam model Dick dan Reiser (1989 ) terdapat Lapan langkah:

            (a) Tentukan matlamat,

            ( b ) Analisis ciri pelajar,

            (c) Tulis objektif,

            (d) Pilih/semak buku teks,

            (e) Bina ujian,

            (f) Bina aktiviti pengajaran,

            (g) Pilih media pengajaran,

            (h) Laksana pengajaran.

 Model yang berorientasikan produk dan sistem 
-melibatkan pembinaan bahan untuk jangka panjang oleh satu pasukan reka bentuk pengajaran untuk sesuatu kursus yang besar seperti kursus yang ditawarkan oleh pendidikan jarak jauh.

 Contoh model yang berorientasikan produk
-adalah model Van Patten (1989), model Leshin, Pollock dan Reigeluth (1990) dan model Bergman dan Moore (1990).

 Contoh  model yang berorientasikan sistem
-adalah model IDI (1973), model IPISD (1975), model Dick dan Carey (1979), model Diamond (1989) dan model Seels dan Glasgow (1990).

 Berikut adalah contoh bagi produk dan satu contoh bagi sistem.

1)     Dalam model jenis produk Leshin, Pollock dan Reigeluth (1990) terdapat tujuh langkah:

a.     Analisis masalah,

b.     Analisis domain,

c.      Analisis dan susun tugasan,

d.     Analisis dan susun isi sokongan pelajaran,

e.     Tentukan peristiwa dan aktiviti pengajaran,

f.        Lakukan reka bentuk mesej interaktif,

g.     Nilai pengajaran.

2)     Dalam model jenis sistem Dick dan Carey (1979) terdapat sembilan langkah:

a.     Kenal pasti matlamat pengajaran,

b.     Buat analisis pengajaran,

c.      Kenal pasti ciri dan perlakuan peringkat masuk pelajar,

d.     Tulis objektif prestasi,

e.     Bina item ujian rujukan kriteria,

f.        Bina strategi pengajaran,

g.     Bina dan pilih bahan pengajaran,

h.      Reka bentuk dan jalankan penilaian formatif,

i.        Semak semula pengajaran.









Konsep Rekabentuk Pengajaran (Model Assure)

Model ASSURE merupakan model reka bentuk pengajaran yang biasa digunakan dalam proses pemilihan dan penghasilan media.


Berikut adalah  langkah-langkah dalam model tersebut. 
Model assure menggandungi 6 langkah iaitu :


A–Analyse learner (Analisis pelajar)
S–State objective (Nyatakan objektif)
S–Select method, media, and materials (Pilih kaedah, media dan bahan)
U–Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan)
R–Require learner participation (Memerlukan penglibatan pelajar)
E–Evaluate and revise (Nilai dan semak)


Analyse Laerner (Analisis Pelajar)
Pada peringkat ini masalah pengajaran, objektif dan matlamat pengajaran perlu dijelaskan terlebih dahulu.Soalan-soalan yang boleh digunakan sebagai panduan analisis seperti berikut:
Siapa kumpulan sasar?
Apakah ciri-ciri mereka?
Apakah hasil pembelajaran yang hendak dicapai?
Berapa tempuh perlaksanaannya?


State Objective (Nyatakan objektif)
Pada peringkat ini kita seharusnya menyatakan apakah objektif pembelajaran terhadap kumpulan sasar. Objektif mestilah dinyatakan secara eksplisit supaya mudah diukur dan dicapai.

Select method, media, and materials (Pilih kaedah, media dan bahan)
Kaedah dan strategi pengajaran yang paling sesuai dan selaras dengan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat menjamin pencapaian objektif pembelajaran. Strategi yang diamalkan pada masa kini ialah strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar iaitu memberi penekanan kepada pelajar aktif. Misalnya kaedah perbincangan, simulasi, kajian kes, kajiam makmal, kajian lapangan, pembelajaran kendiri dan sebagainya. 

Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan)
Penggunaan bahan di sini merujuk kepada bahan-bahan pelbagai bentuk dan media; cetak, komputer, video, gambar dan lain-lain. Boleh juga menggunakan bahan yang sedia ada tetapi perlu dipastikan bahan tersebut diubahsuai, ditambahbaik dan dibaik pulih sesuai dengan situasi semasa. Perlu diingat guru hendaklah menentu arah tuju pengajaran dan pembelajaran.Pada masa kini penggunaan bahan capaian seperti internet, e-learning, online learning, laman web dan sebagainya sudah menjadi kebiasaan. 

Require learner participation (Memerlukan penglibatan pelajar)
Pada fasa ini, pengelibatan pelajar adalah penting. Pelajar perlu dilibatkan secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini pelajar terlibat dalam kerja kumpulan, berbincang dan memberi idea, pelajar membuat simulasi dan juga membuat beberapa aktiviti seperti membuat kajian kes.


Evaluate and revise (Nilai dan semak)
Penilaian formatif memberi maklum balas semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Maklum balas ini dapat digunakan untuk membetulkan atau menambahbaikan proses dan bahan pengajaran dan pembelajaran. Kadang-kadang perancangan pengajaran dan pembelajaran kelihatan cantik dan sempurna tetapi gagal apabila dilaksanakan. Jueteru itu adalah penting untuk guru untuk mencuba perancangan pengajaran ke atas sekumpulan kecil pelajar untuk mendapat maklum balas keberkesanan perancangan tersebut.


Penilaian sumatif ialah penilaian pada kursus unit atau peringkat oembelajaran yang memberikan maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran secara menyeluruh Datayang dikutip memberikan maklumat tentang pencapaian objektif yang ditetapkan. Oleh itu model ASSURE amat menekankan penilaian formatif dan juga sumatif.

Faedah internet kepada pelajar

Pengajaran berlandaskan Internet menjadi semakin penting pada masa kini.
Menurut Sunal et al. (1998) Internet merupakan satu medium yang memudahkan komunikasi dan pemerolehan maklumat dan dapat memudahkan guru membantu murid untuk membentuk pengetahuan sedia ada supaya pelajar dapat menerima pengetahuan baru.

Menurut Ryder & Hughes (1997), kepantasan dan kemudahan meneroka pelbagai sumber maklumat secara global melalui Internet membolehkan pelajar menjana pengetahuan mengikut kebolehan mereka dan ini membantu kepada pencapaian matlamat yang lebih bermakna dengan tidak hanya menghafal fakta.

 Antara faedah yang diperolehi oleh pelajar dengan penggunaan internet ialah :


1. Membina kemahiran
-Melalui pembelajaran aktif ini, pelajar boleh menggunakan teknologi untuk membaca, menulis, meneliti dan menyelesaikan masalah.

2. Membawa perubahan
-ini membawa perubahan daripada pembelajaran tradisional kepada pembelajaran yang aktif, mengubah peranan guru dan pelajar ke arah pembelajaran konstruktif yang membawa tumpuan pelajar kepada konteks dunia yang sebenarnya.


3. Membuat tugasan bersama
-projek berkumpulan dapat dilakukan dengan lebih cekap dan produktif. Perbincangan mengenai bahan projek boleh dilakukan melalui telefon video dan telesidang.

4. Kemudahan memperoleh maklumat
- pelajar boleh mendapat pendidikan global sebab ia adalah sebagai gedung maklumat di mana maklumat interaktif dapat diperoleh dengan cepat dan mudah.

Keburukan internet kepada Guru

Dalam memperkatakan tentang kepentingan internet kepada guru. Terdapat juga keburukan yang disebabkan penggunaan internet diantaranya ialah :

1. Penggunaan internet yang tidak terkawal
- kemudahan yang diberikan kepada guru kadang kala di salah guna oleh guru sehingga mereka terlupa fokus utama kemudahan itu diberikan. Contohnya aktiviti "chatting" menyebabkan ramai yang leka.

2. Maklumat yang tepat
- pada masa kini, guru-guru sekolah semakin biasa mendapatkan maklumat daripada Internet. Didapati masih terdapat banyak guru-guru di sekolah rendah kurang mahir  menentukan atau memilihkan kesahihan maklumat maklumat tersebut sedangkan  kesahihan maklumat adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3. Terdedah kepada bahan yang negatif
- dalam menggunakan internet guru tidak terlepas dari terdedah kepada bahan-bahan yang negatif seperti perjudian, bahan lucah dan skim-skim cepat kaya yang membolehkan guru tersebut terjerumus dalam aktiviti yang tidak sihat.

Kepentingan internet kepada GURU


Kemudahan internet sememangnya penting kepada masyarakat dalam era globalisasi ini. Guru juga tidak terkecuali menerima tempias teknologi ini yang semakin berkembang dan menjadi salah satu medium yang berguna bagi meningkatkan profesion perguruan. Antara kepentingannya adalah :

1.Sebagai sumber maklumat / pengkalan data
- mampu untuk menyokong model sebagai sumber maklumat
- mencari hubungan atau kaitan dari satu maklumat ke maklumat lain
- untuk menghasilkan persekitaran yang kaya dengan maklumat
- memperkayakan serta mempelbagaikan aktiviti pembelajaran.

2.Sebagai bahan kursus untuk memperkayakan aktiviti P&P
- memperkayakan aktiviti pengajaran & pembelajaran untuk pelajar pra sekolah
   dan sekolah rendah.
- menghiburkan kanak-kanak dan meningkatkan kemahiran membaca, mendengar dan berinteraksi secara        individu dengan teknologi terkini.

3.Sebagai alat bantu mengajar
- memberi peluang kepada guru mengubah kaedah pengajaran
- menginteraksikan klip video atau animasi yang sesuai supaya lebih menarik dalam pengajaran.

4.Perkhidmatan mel elektronik
-Ia berbentuk teks, grafik video dan bunyi melalui talian komunikasi seperti siding video berguna dalam program pendidikan jarak jauh. Ini mungkin dapat membantu masalah kekurangan guru pakar dan tenaga profesional.

5. Dapat mempercepatkan proses perniagaan
-Seperti laman laman ebay,amazon.Mereka memberikan kemudah untuk anda memilih dan membeli dengan menggunakan internet dan beberapa kaedah pembayaran. Dengan kaedah ini dapat membantu guru mendapatkan buku-buku ilmiah dan bahan bantu mengajar dan bayaran melalui talian dapat dibuat dan masa dapat dijimatkan.

Monday, 2 July 2012

Kelebihan dan kekurangan 4 penggunaan TMK dalam P&P:



1)Mod Tutorial
Kelebihan:
i) Boleh dilakukan secara individu ataupun berkumpulan
ii) Sesuai digunakan dalam kelas yang mengandungi jumlah murid yang ramai
iii) Ia juga sesuai untuk kelas yang gurunya terpaksa bertugas di luar dan diselia oleh guru ganti
iv) Pembelajaran menjadi lebih menarik
Kekurangan :
i) Guru perlu memeriksa terlebih dahulu perisian pendidikan tersebut
ii) Guru perlu menguasai kemahiran menggunakan alat-alat ICT kerana guru dianggap sebagai role model kepada murid
iii) Terdapat sesetengah murid yang sukar menerima atau mengikut pengajaran guru, guru terpaksa mengawal dua kumpulan yang berbeza kemampuan penguasaan.

2) Mod Penerokaan
Kelebihan :
i) Murid mendapat peluang dan pengalaman sendiri mencari maklumat yang dikehendaki
ii) Murid juga dapat menentukan hala tuju dan kemajuan pembelajaran mereka
iii) Pembelajaran juga menjadi lebih menarik dan hebat
Kekurangan :
i) Guru perlu memantau aktiviti carian murid
ii) Sesetengah murid menyalahgunakan penggunaan ini kepada aktiviti negative
iii) Kemungkinan kesilapan membuka laman web mahupun blog yang salah


3 ) Mod Aplikasi
Kelebihan :
i) Murid boleh memberikan tumpuan kepada aktiviti pembelajaran yang praktikal
ii) Guru boleh mengemukakan masalah yang boleh mencabar minda murid
iii) Murid dapat meningkat kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran
Kekurangan :
i) Hanya murid yang menguasai kemahiran ini dapat mempraktikkannya
ii) Guru perlu prihatin terhadap kemampuan penerimaan seseorang murid

4) Mod Komunikasi
Kelebihan :
i) Boleh melaksana pembelajaran kolaboratif. 
ii) Tingkat penglibatan murid dalam proses pembelajaran melalui “ peer group” yang bersifat global. 
iii) Boleh melibat pakar di dalam dan luar negara dalam proses pembelajaran
Kekurangan : 
i) Perlu mempunyai alat ICT yang sesuai untuk menggunakan teknik-teknik di atas
ii) Teknik-teknik di atas boleh dijalankan bergantung kepada pihak kedua.Maknanya,pihak kedua juga perlu mempunyai peralatan ICT.

Penggunaan TMK dalam P&P

Tugasan minggu ke-2 :
Terdapat 4 penggunaan TMK dalam P&P iaitu :



Mod Tutorial
  1. Beberapa tutorial telah disediakan dengan menggunakan ‘Authorware’ untuk membolehkan pelajar menguasai konsep sama ada secara individual atau kumpulan 2 hingga 3 orang.
  2. Pelajar dapat mengulangi tutorial mengikut keperluan, kemampuan dan kadar sendiri. Aktiviti dijalankan sama ada secara individu dengan akses kendiriatau dalam kumpulan kecil.  Tutorial yang disediakan adalah multimedia melibatkan grafik, animasi, bunyi.

Mod Aplikasi
  1. Menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi dalam pautan seperti CabaranMatematik , Pertandingan matematik, Tugasan, Projek, Sudut Sejarah ,Perisian Multimedia yang interaktif untuk membolehkan pelajar menyiasat dan menerokainya.
  2. Mempaparkan pautan lain(URL) dari internet yang ditemui oleh pelajar atau guru yang berkaitan dengan tajuk pelajaran untuk dikaji oleh pelajar dan juga digunakan sebagai sumber pembelajaran.


Mod Penerokaan
  1.  Pelbagai projek disediakan dalam muka indeks laman web untuk membolehkan pelajar mengakses maklumat daripada ‘World Wide Web’seperti tugasan mencari jurubina-jurubina terkenal di dunia, bangunan bangunan bersejarah yang menarik, mencari URL laman berkaitan dengan Seminar Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
  2. Dalam Pendidikan, MPBL, 2002. 96 pelan dan dongakan serta menulis satu sinopsis tentang bahan-bahan yang ada pada laman yang diperolehi untuk dikongsi dengan rakan yang lain.
  3.  Bahan penerokaan lain seperti Tip Pembelajaran, Ingat Kembali dapat digunakan oleh pelajar sebagai sumber rujukan untuk ulangkaji dan kefahaman konsep.


Mod Komunikasi
  1. Pelajar berkomunikasi dengan pelajar di sekolah yang sama atau dari sekolah yang lain melalui e-mail untuk  mengongsi maklumat yang ditemui sama ada untuk tujuan perbincangan atau memberi cadangan pelaksanaan tugasan/projek .
  2.  Maklumat ini disimpan dalam laman web untuk diakses oleh pelajar yang lain. Misalnya dalam pautan e-mail Pelajar dan Cadangan Pelajar.
  3. Guru berkomunikasi dengan pelajarnya dengan memasukkan maklumat seperti cadangan, arahan tugasan untuk tindakan pelajar selanjutnya ke dalam laman web di pautan Mesej Guru .
  4.  Pelajar dapat menghantar tugasan dan hasil projek kepada guru melalui e-maildan bahan-bahan ini kemudian disimpan dalam laman web untuk diakses oleh pelajar yang lain.
  5.  Pelajar dapat menghubungi guru pada bila-bila masa dengan menghantar email kepada guru dengan klik kepada ikon e-mail.