Berikut Merupakan Lima
Enjin Pencari
4.
www.msn.com
Saya memilih enjin pencari
www.google.com sebagai enjin carian
yang utama .
Bagi menggali ilmu yang terdapat di internet cara termudah
ialah dengan menggunakan enjin carian. Google merupakan enjin carian yang
paling dominan dan mempunyai populariti tinggi di kalangan pengguna-pengguna
internet. Ia merupakan satu antara lima enjin carian yang kerap dikunjungi oleh
pengguna internet seluruh dunia. Google dianggap yang yang terbaik setakat ini
dari segi ketepatan, kepantasan dan kuantiti hasil carian dalam satu-satu masa.
Ia juga mampu memberikan keputusan carian yang jitu. Nadi kepada perkhidmatan
ini ialah dua teknologi utama iaitu PageRank dan Analisis Padanan-Hiperteks.
Kelebihan Menggunakan Google
1. Carian ke atas kelompok sumber yang sangat besar
Mampu mengesan maklumat yang diperlukan dan member keputusan
carian dengan jumlah carian yang sangat besar. Dikatakan mampu mengesan lebih
daripada 8 bilion laman web.
2. Carian relevan dengan apa yang dikehendaki
Lazimnya memberi keputusan yang sangat relevan dengan
pertanyaan dibuat. Hasil carian yang diperlukan berada di kedudukan yang
teratas atau di mukasurat pertama senarai keputusan carian.
3. Carian boleh dilakukan secara spesifik
Carian secara spesifik dengan menggunakan
peraturan-peraturan khas dengan menggunakan google print, google scholar atau
advenced search. Hasil carian adalah lebih jitu dan menjimatkan masa.
4. Laman boleh diubahsuai
Boleh diubah mengikut keselesaan pengguna. Bahasa
antaramuka, bilangan hasil carian dalam sesuatu mukasurat dan tapisan hasil
carian antar yang boleh dibuat untuk pengubahsuaian.
5. Mudah untuk menilai hasil carian
Hasil carian disertakan dengan pelbagai maklumat lain yang
membantu pengguna menilai hasil carian. Contohnya seperti snippet iaitu
penerangan ringkas hasil carian dan saiz muka surat hasil carian yang
membolehkan pengguna mengagak atau mendapat gambaran tentang isis kandungan
hasil carian.
6. Mampu memproses carian keatas 8 bilion laman web, lebih
dari 1 bilion imej dan lebih dari 1 bilion mesej Usenet.
7. Menyediakan lebih dari 100 bahasa untuk antara muka
(interface) dan 35 bahasa untuk hasil carian.