Tuesday, 10 July 2012

Kepentingan internet kepada GURU


Kemudahan internet sememangnya penting kepada masyarakat dalam era globalisasi ini. Guru juga tidak terkecuali menerima tempias teknologi ini yang semakin berkembang dan menjadi salah satu medium yang berguna bagi meningkatkan profesion perguruan. Antara kepentingannya adalah :

1.Sebagai sumber maklumat / pengkalan data
- mampu untuk menyokong model sebagai sumber maklumat
- mencari hubungan atau kaitan dari satu maklumat ke maklumat lain
- untuk menghasilkan persekitaran yang kaya dengan maklumat
- memperkayakan serta mempelbagaikan aktiviti pembelajaran.

2.Sebagai bahan kursus untuk memperkayakan aktiviti P&P
- memperkayakan aktiviti pengajaran & pembelajaran untuk pelajar pra sekolah
   dan sekolah rendah.
- menghiburkan kanak-kanak dan meningkatkan kemahiran membaca, mendengar dan berinteraksi secara        individu dengan teknologi terkini.

3.Sebagai alat bantu mengajar
- memberi peluang kepada guru mengubah kaedah pengajaran
- menginteraksikan klip video atau animasi yang sesuai supaya lebih menarik dalam pengajaran.

4.Perkhidmatan mel elektronik
-Ia berbentuk teks, grafik video dan bunyi melalui talian komunikasi seperti siding video berguna dalam program pendidikan jarak jauh. Ini mungkin dapat membantu masalah kekurangan guru pakar dan tenaga profesional.

5. Dapat mempercepatkan proses perniagaan
-Seperti laman laman ebay,amazon.Mereka memberikan kemudah untuk anda memilih dan membeli dengan menggunakan internet dan beberapa kaedah pembayaran. Dengan kaedah ini dapat membantu guru mendapatkan buku-buku ilmiah dan bahan bantu mengajar dan bayaran melalui talian dapat dibuat dan masa dapat dijimatkan.

Monday, 2 July 2012

Kelebihan dan kekurangan 4 penggunaan TMK dalam P&P:



1)Mod Tutorial
Kelebihan:
i) Boleh dilakukan secara individu ataupun berkumpulan
ii) Sesuai digunakan dalam kelas yang mengandungi jumlah murid yang ramai
iii) Ia juga sesuai untuk kelas yang gurunya terpaksa bertugas di luar dan diselia oleh guru ganti
iv) Pembelajaran menjadi lebih menarik
Kekurangan :
i) Guru perlu memeriksa terlebih dahulu perisian pendidikan tersebut
ii) Guru perlu menguasai kemahiran menggunakan alat-alat ICT kerana guru dianggap sebagai role model kepada murid
iii) Terdapat sesetengah murid yang sukar menerima atau mengikut pengajaran guru, guru terpaksa mengawal dua kumpulan yang berbeza kemampuan penguasaan.

2) Mod Penerokaan
Kelebihan :
i) Murid mendapat peluang dan pengalaman sendiri mencari maklumat yang dikehendaki
ii) Murid juga dapat menentukan hala tuju dan kemajuan pembelajaran mereka
iii) Pembelajaran juga menjadi lebih menarik dan hebat
Kekurangan :
i) Guru perlu memantau aktiviti carian murid
ii) Sesetengah murid menyalahgunakan penggunaan ini kepada aktiviti negative
iii) Kemungkinan kesilapan membuka laman web mahupun blog yang salah


3 ) Mod Aplikasi
Kelebihan :
i) Murid boleh memberikan tumpuan kepada aktiviti pembelajaran yang praktikal
ii) Guru boleh mengemukakan masalah yang boleh mencabar minda murid
iii) Murid dapat meningkat kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran
Kekurangan :
i) Hanya murid yang menguasai kemahiran ini dapat mempraktikkannya
ii) Guru perlu prihatin terhadap kemampuan penerimaan seseorang murid

4) Mod Komunikasi
Kelebihan :
i) Boleh melaksana pembelajaran kolaboratif. 
ii) Tingkat penglibatan murid dalam proses pembelajaran melalui “ peer group” yang bersifat global. 
iii) Boleh melibat pakar di dalam dan luar negara dalam proses pembelajaran
Kekurangan : 
i) Perlu mempunyai alat ICT yang sesuai untuk menggunakan teknik-teknik di atas
ii) Teknik-teknik di atas boleh dijalankan bergantung kepada pihak kedua.Maknanya,pihak kedua juga perlu mempunyai peralatan ICT.

Penggunaan TMK dalam P&P

Tugasan minggu ke-2 :
Terdapat 4 penggunaan TMK dalam P&P iaitu :



Mod Tutorial
  1. Beberapa tutorial telah disediakan dengan menggunakan ‘Authorware’ untuk membolehkan pelajar menguasai konsep sama ada secara individual atau kumpulan 2 hingga 3 orang.
  2. Pelajar dapat mengulangi tutorial mengikut keperluan, kemampuan dan kadar sendiri. Aktiviti dijalankan sama ada secara individu dengan akses kendiriatau dalam kumpulan kecil.  Tutorial yang disediakan adalah multimedia melibatkan grafik, animasi, bunyi.

Mod Aplikasi
  1. Menyediakan pelbagai aktiviti rekreasi dalam pautan seperti CabaranMatematik , Pertandingan matematik, Tugasan, Projek, Sudut Sejarah ,Perisian Multimedia yang interaktif untuk membolehkan pelajar menyiasat dan menerokainya.
  2. Mempaparkan pautan lain(URL) dari internet yang ditemui oleh pelajar atau guru yang berkaitan dengan tajuk pelajaran untuk dikaji oleh pelajar dan juga digunakan sebagai sumber pembelajaran.


Mod Penerokaan
  1.  Pelbagai projek disediakan dalam muka indeks laman web untuk membolehkan pelajar mengakses maklumat daripada ‘World Wide Web’seperti tugasan mencari jurubina-jurubina terkenal di dunia, bangunan bangunan bersejarah yang menarik, mencari URL laman berkaitan dengan Seminar Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
  2. Dalam Pendidikan, MPBL, 2002. 96 pelan dan dongakan serta menulis satu sinopsis tentang bahan-bahan yang ada pada laman yang diperolehi untuk dikongsi dengan rakan yang lain.
  3.  Bahan penerokaan lain seperti Tip Pembelajaran, Ingat Kembali dapat digunakan oleh pelajar sebagai sumber rujukan untuk ulangkaji dan kefahaman konsep.


Mod Komunikasi
  1. Pelajar berkomunikasi dengan pelajar di sekolah yang sama atau dari sekolah yang lain melalui e-mail untuk  mengongsi maklumat yang ditemui sama ada untuk tujuan perbincangan atau memberi cadangan pelaksanaan tugasan/projek .
  2.  Maklumat ini disimpan dalam laman web untuk diakses oleh pelajar yang lain. Misalnya dalam pautan e-mail Pelajar dan Cadangan Pelajar.
  3. Guru berkomunikasi dengan pelajarnya dengan memasukkan maklumat seperti cadangan, arahan tugasan untuk tindakan pelajar selanjutnya ke dalam laman web di pautan Mesej Guru .
  4.  Pelajar dapat menghantar tugasan dan hasil projek kepada guru melalui e-maildan bahan-bahan ini kemudian disimpan dalam laman web untuk diakses oleh pelajar yang lain.
  5.  Pelajar dapat menghubungi guru pada bila-bila masa dengan menghantar email kepada guru dengan klik kepada ikon e-mail.

Sunday, 24 June 2012

Teknik Persembahan TMK dalam PJ


Dalam mengunakan TMK dalam P&P PJ terdapat beberapa teknik yang dapat digunakan sebagai alatan bantuan mengajar, antaranya dengan mengunakan medium gambar rajah, video, audio dan permainan  sebagai pengantara bagi subjek yang di ajar. medium ini sangat mudah untuk di perolehi dalam dunia maya. hanya perlu ke ingin pencarian, dan taip mengikut keperluan.

Di antara teknik persembahan TMK dalam PJ yang boleh digunakan:-
a)  Kaedah tutorial - teknik mengajar dengan kaedah on-line
b) Teknik Permainan -teknik soal jawab secara lan atau On line
c) Simulasi -teknik simulasi dengan kaedah video 
d) Tunjuk ajar - teknik tunjuk ajar dengan kaedah berkumpulan
e) ujian - ujian secara on-line

Friday, 22 June 2012

Definasi TMK & TM

Dalam kuliah yang pertama bersama pensyarah subjek Pendidikan Jasmani 1, Pn Faridah Abdul Rahman. Beliau menerangkan dalam kelasnya mengenai :
Definasi TMK (Teknologi Maklumat Komunikasi).
Menurut Seen (1998), TMK merangkumi pelbagai teknologi yang disepadukan untuk memperolehi , menyimpan , menyebarkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, audio, animasi dan sebagainya menggunakan alat- alat elektronik.
Manakala Definasi TM (Teknologi Maklumat).
Mengikut Abdul Razak (2000), TM merangkumi apa jua alatan elektronik yang membenarkan pengguna    
menyimpan, menghubung, memproses, mencipta & menyimpan maklumat.

Thursday, 21 June 2012

Minggu Pertama

Untuk minggu pertama ini (17/6/12 - 23/6/12) bagi Subjek Pendidikan Jasmani.
Fokus kita adalah pada :
Pengenalan TMK dalam P&P PJ.

Selamat Datang

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..........

Bermulalah Pengembaraan mencari ilmu yang tiada penghujungnya........................
Alhamdulillah blog ini dapat diwujudkan supaya kita dapat berkongsi ilmu yang diperolehi bersama-sama dalam usaha memantapkan ilmu pengetahuan .